Friday, 14 April 2017

Terdapat pelbagai jenis tebu hitam di Malaysia, antaranya tebu hitam yang sama bentuknya dengan tebu kuning dari segi fizikalnya cuma perbezaan dari segi warna sahaja.

Menurut seorang pengkaji yang mahir dengan tebu hitam, Saudara Syamsul dari Seri Kembangan, Selangor menceritakan bahawa beliau bersama kawan beserta seorang Pegawai Jabatan Perhutanan pernah bersama mengutip pokok tebu hitam yang tumbuh liar dalam kawasan perpaya dan telah memprosesnya menjadi minuman herba.


Seterusnya beliau menceritakan beliau teruja dengan khasiat minuman air heba tebu hitam yang sungguh menakjubkan dalam memberi kesegaran badan serta menambah tenaga.


Beliau mengesahkan tebu hitam yang dimaksudkan ialah tebu hitam yang tumbuh meliar terutama dalam kawasan berpaya dan mempunyai batang yang kecil serta batang tidak mengisi air gula sebagaimana pohon tebu yang lazimnya ditanam secara komersial. Tebu ini juga dikenali sebagai tebu liar dan tebu hutan dikalangan penduduk tempatan.


Nama tempatan:  Tebu Hitam/ Tebu Hutan
Nama Saintifik/Scientific name: Sacharum Offcinarum
Famili/Family:  Gramineae



TEBU HITAM @ TEBU HUTAN


PAKAR HERBA R&D


KHASIAT PERUBATAN


Ddigunakan untuk mengubati batuk, mengurangkan panas badan, menambah selera makan dan mengatasi masalah jantung berdebar, meningkatkan tenaga batin.



Dalam ilmu perubatan Tebu hitam digunakan sebagai pagar atau menghalang serangan santau, ilmu hitam dan  sihir di samping pelbagai kegunaan dalam perubatan yang lain

KHASIAT-KHASIAT TEBU HITAM



Face booker https://www.facebook.com/cegahrawatpenyakitkronik/ menghuraikan secara terperinci khasiat tebu hutan sebagaimana berikut :-
Minum air rebusan tebu ini 2 kali sehari pagi dan malam. Eloknya ianya diminum sebelum sarapan pagi dan sebelum tidor malam.

Untuk mendapatkan hasilnya yang mujarab, amalkan meminum rebusan tebu hitam ini selama sebulan.

Diriwayatkan dalam hadis sahih Al-Haudh,"Maknanya lebih manis daripada gula." Tebu hitam merupakan sesuatu yang baru bagi orang dahulu, bahkan mereka tidak tahu bahawa gula itu ada. Disebabkan itu, madu diceritakan secara meluas sebagai minuman ataupun ubat berbanding gula.

Tebu hitam juga bersifat panas dan basah, mampun meredakan batuk dan membersihkan lendir jika diproses dengan membuangkan hampasnya. Tebu juga dikatakan boleh membersihkan pundi kencing dan kerongkong, kerana ianya lebih berkesan sebagai julap yang membersihkan segala ruang pembuangan tubuh manusia.

Ia juga melegakan muntah, melancarkan pembuangan air kecil dan menstimulasi pengeluaran sperma bagi kaum lelaki. Affan bin Muslim As Saffar berkata, "Sesiapa menghisap tebu setelah makan akan menemui kegembiraan sepanjang harinya."

Tebu hitam yang dipanggang boleh membuang gangguan tekak dan dada, namun tebu juga mempunyai angin, namun boleh diredakan apabila tebu dikupas kulit dan dicuci dengan air panas.

Tebu hitam tidak hanya sekadar sebagai bahan gula, namun juga mempunyai manfaat dan khasiat untuk kesihatan tubuh jika diamalkan untuk masalah kesihatan yang tertentu.

1. Menguatkan gusi dan gigi

Cairan yang ada di buah tebu hitam dapat membuat gusi dan juga gigi anda menjadi kuat, caranya dengan meminum air tebu yang sudah dicampir air jeruk nipis dan juga garam.

2. Mencegah strok

Minum air tebu hitam secara teratur membantu menjaga metabolisme tubuh akibat kekurangan cairan kerana kegiatan harian yang kita lakukan, sehingga membantu menghindar strok.

3. Melawan kanser payudara

Kandungan yang berada pada buah tebu hitam merupakan sifat alkali yang dapat membantu untuk mengatasi kanser payudara dan juga prostat dengan cara minum secara kerap.

4. Mengatasi hidung berdarah

Potonglah bahagian tebu yang paling hujung setelah itu rebus dengan air secukupnya, campurkan garam dan juga gula. Jika sudah sejuk tapis airnya dan minum.

5. Baik untuk diabetes/ kencing manis

Kandungan gula semulajadi yang ada pada tebu hitam sangat baik untuk penderita diabetes. Air tebu menjadi alternatif yang lebih baik untuk gula mentah atau pemanis buatan. Minum jus tebu hitam juga mampu menjaga kadar glukosa darah dalam badan lebih seimbang.

6. Menyembuhkan selesema dan sakit kepala

Anda salah jika berfikir kalau minum jus tebu agak berbahaya kerana boleh menimbulkan selesema dan sakit kepala. Kerana sebaliknya, minum air atau jus tebu mampu membantu menyembuhkan selesema dan sakit kepala.

7. Mengatasi badan berangin

Ambil tiga helai daun tebu hitam, rebuslah hingga mendidih dan minumlah apabila air rebusan daun tebu tersebut sudah sejuk, lakukan secara rutin iaitu tiga kali sehari. Insya Allah mampu mengeluarkan angin di dalam badan.

# Tebu hitam jenis ini juga mempunya kelebihan dimana ianya mempunyai aura yang tersendiri yang mana ianya boleh menolak gangguan ilmu hitam dan memagar rumah kita daripada gangguan ilmu hitam. Tanamlah pokok tebu hitam jenis ini di penjuru kawasan rumah. Diiringi dengan doa, insyaAllah kita akan dilindungi.

“TUMBUHAN KURNIAAN ALLAH ADA KHASIATNYA, KITA HARUS YAKIN DAN DIIRINGI DENGAN DOA MEMOHON PADA PENCIPTANYA. PERCAYALAH TIADA PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DIUBATI KECUALI TUA DAN MATI”


Rujukan:-
https://www.facebook.com/cegahrawatpenyakitkronik/
mforum.cari.com.my
http://linaherbs.blogspot.my

No comments:

Post a Comment